Sabtu, April 07, 2012
Alu-aluan.
Laman kembara ilahi sudah sekian lama tidak dikemaskini. Kelapangan masa untuk menulis dan idea yang agak terhadap, menyebabkan ianya jarang-jarang dikemaskini. Justeru, saya juga ingin menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk sama-sama membangun wardah atau warkah dakwah secara online bolehlah hubungi saya melalui email ikhzai@gmail.com. Semoga usaha yang dilakukan diterima oleh Allah swt adalah sebahagian daripada dakwah islamiah ke arah menjadi Muslim yang mukmim.
Khamis, Februari 16, 2012
Rasulullah SAW Idola Sepanjang Zaman
Assalamualaikum wrt wbt,
Agak lama jari jemari ini tidak menulis di Kembara Ilahi, Perjalanan Menuju Ilahi. Alhamdulillah, diberi kesempatan dan peluang ini untuk diri yang kerdil serba serba kekurangan ini berkongsi sedikit coretan. Moga-moga, catatan yang ditulis sekiranya mempunyai kekurangan agar dapat sama-sama perbetulkan & yang baik elok sama-sama dijadikan iktibar dan pengajaran buat sahabat-sahabat semua.
Apabila kita hitung, macam semalam kita menyambut tahun baru. Sama ada tahun hijrah mahupun tahun masihi. Tahun masihi, kita sudah berada di bulan ke 2, manakala bulan hijrah kita berada di bulan ke 3. Bulan yang cukup istimewa bagi kita. Bulan kelahiran kekasih agung Allah swt, Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW adalah kekasih Allah. Kekasih pecipta alam semester. Wajib kita semua lebih-lebih yang mengakui beragama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah pesuruh Allah. Kerana kerasulan Rasulullah SAW, kita semua dapat merasai rahmat dan nikmat. Hanya 1% sahaja nikmat yang Allah turunkan kepada umat Muhammad SAW, kita tidak larat untuk menghitung serta mengira nikmat tersebut. Allah swt berfirman, sekiranya air dilautan itu dijadikan dakwat untuk menulis nikmat Allah swt, kering air laut pun belum tentu habis untuk kira menulis nikmat Allah.

Tidak dapat mengambarkan bahawa, betapa besarnya. Betapa kasih sayangnya Allah kepada makhluknya yang bergelar manusia & makhluk yang lain. Justeru itu, kita harus bersyukur kerana dilahirkan ke dunia ini sebagai makhluk Allah (manusia), menganut agama Islam yang mana Agama yang diterima oleh Allah swt dan juga nikmat kesihatan, keamanan dan kemewahan boleh makan dan minum tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.
Kita baru sahaja menyambut ulangtahun keputeraan kekasih Allah swt, Rasulullah SAW pada 12 Rabiulawal 1433 pada 5/2/2012 yang lalu. Ada yang menyertai perarakan dan menghadiri majlis sambutan Maulid Nabi SAW peringkat Negara mahu pun Negeri. Namun, cuba kita bertanya kepada diri kita, sejauhmanakah sunnah Rasulullah SAW kita patuhi? Adakah sekadar memperingati tarikh keputeraan baginda SAW semata-mata. Namun, dimasa yang sama kita meninggalkan apa yang diperintah dan membuat apa yang dilarang?
Sudah semestinya, kita tidak mampu menandingi sifat keperibadian baginda SAW. Mengungap bermula baginda SAW dilahirkan sehingga ke saat baginda diwafatkan, hanya linangan air mata mengiringi apabila kita menghayati. Betapa mulianya keperibadian baginda SAW. Apakah petua atau rahsia yang menyebabkan Allah swt memilih baginda SAW sebagai kekasihnya? Apa kaitannya perkataan "kekasih Allah"? Persoalan tersebut usah kita persoalkan. Semua itu adalah urusan Allah swt yang menentukan siapa terbaik.
Baginda SAW sangat-sangat terpuji. Sehingga alam sekitarnya pun, menanggis apabila baginda SAW dijemput oleh Allah swt. Kenapa? Singkapkanlah, keperibadian baginda. Sifat kasih sayang baginda terhadap umatnya sehingga disaat akhir baginda dijemput untuk bertemu dengan Allah swt, baginda masih lagi risau akan keadaan umatnya selepas ketiadaan baginda. Cuba kita bayangkan. Macam mana harus kita ambil pengajaran dari soal sedemikian?
Selain daripada itu, sifat pemaaf dan tidak berdendam juga mendorong orang memeluk agama Islam. Baginda SAW pernah dikeji, diejek, dihina malah dilempar dengan najis dan dilontar dengan batu hingga baginda berdarah sewaktu baginda berdakwah di Taif. Lalu malaikat meminta izin kepada baginda SAW untuk menhempapkan gunung ganang kepada penduduk Taif yang berlaku kejam terhadap baginda SAW. Tetapi, baginda SAW tidak mahu & berdoa kepada Allah swt agar diberi hidayah pertunjuk untuk menerima Islam di masa akan datang. Betapa mulianya hati baginda SAW.

Langgan:
Catatan (Atom)